pages

Saturday 3 November 2012

CINTA MONYET KU

   Salam satu blog!! hehe dah lame aku tak update blog aku ni.  .rindu pulak rase nak merepek and meraban dekat blog.  Bukan tak nak post tapi macam-macam masalah melanda aku sejak kebelakangan ni. Dengan adanya blog ni lah aku nak luahkan apa yang aku rasa so apa orang nak kata p lantak lah kan. WWahh serius nampak sejak bile ni wehh haha. Chill bro!!! 

   Nak story lah satu cerita ni setelah aku menyepi dalam idustri BLOG ni. .haha benda ni aku baru je alami sejak kebelakangan ini. Ala apa lagi kan masalah time2 remaja ni. Yupp dat right guys. . soal HATI, a.k.a LIVER. haha why liver? Bukan HEART ke? hehe kalau korang perasan lah kan orang selalu cakap bila seseorang tu sakit hati dia mesti sentuh dada dorang?  Persoalannya, hati manusia kat dada ke? jeng3. . mari berfikir sejenak. Nak bagi jelas lagi aku bagi lah gambar anatomi manusia.
    Okeh mana kedudukan hati? Yup dekat bawah kan bukan kat dada betul tak? anatomy yang ada kat dada ialah jantung kita. Tapi kenapa orang tak cakap " Weh aku sakit jantung kat engkau". Penah dengor tak? Tu yang aku musykil smpai sekarang. Kalau nak cakap sakit hati pun kenapa  tak sentuh bawah dada kanan kita je? Entah aku pun tak tahu lah nak jawab persoalan aku sendiri. Ish aku ni da melencong jauh da ni. .haha tak pe kita masuk landasan balik okeh. Mukadimah je baru. hehe

Amaran: Kepada sesiapa yang rasa diri korang tak open minded better stop reading okeh. haha amaran keras tu
 


   Sumpah aku katakan yang aku sekarang ni da macam baju budak2 zaman sekarang ni pakai . SAYA JIWA KOSONG. hehe entah lah hati aku dah tertutup rapat sebab sakit hati dengan seorang perempuan. Disebabkan ko lah orang lain merana tak dapat aku. . haha gurau je guyz. Nama dia tak perlu lah nak mention kan kalau aku mention pun dia tak kan tahu kot. Okeh la aku bagi nama dia A lah senang sikit nak story tapi yang pasti nama dia bukan start daru huruf A. =P




Saya peminat abg so pinjam gambar okeh. . hehe
   Dia setahun tua daripada aku and kitorang kapel tanpa berjumpa dulu. So kompom lah jumpa kat fesbuk kan. Yupp memang aku berkenalan dgn dia kat muka bulu tu lah. Dia ambil degree medical assistant kat sebuah kolej di Melaka. Aku kenal dengan die mula-mula as friends sebab masa tu aku da berpunya. Time tu aku kapel dengan budak U aku. Satu fakulti tapi bidang lain lah. She's medic student. Tapi  tak tahan lama sebab dak medic tu dengor nye da balik kat EX dia n sebelum dia clash pun dia cakap yang ex dia mintak kapel balik and die nak terima so apa boleh buat kan.  Redha jela.

   Lepas tu aku kapel pulak dengan budak sekolah aku dulu. Junior aku lah senang citer. Nama dia B. haha memeng aku panggil dia b pun dulu. haha malu dooee time tu aku still kontek dengan si A ni tapi aku tak tahu lah dia ada feel kat aku. Kitorang makin hari makin rapat, saling tukar cerita and macam-macam lah. Tapi aku bagitahu lah kat awek aku yang aku rapat dengan A ni mula-mula dia ok je lepas tu da 3bulan kitorang kapel pastu terus clash. Kalau nak cerita memang panjang lebar kot memang tak larat den nak taip n korang nak baca. .haha tapi yg penting kitorang clash disebabkan A ni lah.

   Pastu dalam 2 bulan lepas tu baru aku tahu yang si A ni minat kat aku sejak aku kapel dengan dak medik tu lagi. Mula-mula aku memang tak percaya sebab ye lah aku sedar aku ni sape kan. She's very beautiful, kacukan cina Melayu Sabah, n anak Datuk. Memang aku rasa cam mimpi je bila aku kapel dgn dia tapi aku terima dia pun lepas ex aku yg B tu da ada orang lain. Lepas dapat tahu je aku terus kapel dgn A ni dan dia terima. Ingt lagi yg dia cakap yg dia akan cuba buat aku happy. Mula-mula aku ingtkan bila kapel ngan dia tak banyak masalah timbul. Yela katanya da usha aku dari dulu lagi so dalam fikiran aku mesti dia ni setia and tak banyak ragam. Tapi....

   Ok aku mengaku lah masa awal-awal memang happy gila dengan dia. Tapi tak lama sebab "fans" a.k.a member baik dia selalu maki aku and cakap aku ni macam-macam lah. Aku akui lah member dia memang hensem-hensem dan kacak-kacak tapi dia kata dia pilih aku bukan sebab tu. Bila aku komen kat fesbuk je ada lah member dia macam tak puas hati je dgn aku. Aku tahu dia suka kat A ni tapi A tak nak. And yg paling aku tak boleh bla si A ni boleh dia kata yang member dia tu main-main je dgn aku. Dalam hati aku kepala otak dia main-main sampai nak jumpa aku kat HUKM nak tetak aku ramai-ramai dgn member dia. masa tu aku praktikal kat sana.

   Sejak dari tu lah aku dah mula rasa sakit hati tahap gaban. Yang tak boleh bla time besday aku dia tak bagi paper pun. Bukan nk mengharap kalau bagi gula-gula pun aku tak kisah yg penting ikhlas. Takkan la tak ingat kat BF kot. Bila aku call tak angkat dia tak tahu ke hari tu hari yg penuh bermakne. ceehhh bermakna la sgt haha. Tapi aku respect n nak ucap terima kasih lah kat member aku sebab heppy kan aku time besday aku bulan april dulu. Thankss korang .

Lepas tu time besday dia macam-macam dia mintak. Dengan penuh yakin nye aku cakap lah yg aku tak bagi paper barang kat dia. Padahal aku dah belikan something kat dia masa aku pergi Sabah lepas aku praktikal dulu. Dia tanya kenapa taknak bagi aku pun apa lagi ungkit lah time besday aku hari tu. Aku cakap biar dia rasa ape yg aku rasa tapi rase dia  tak rase kot. .haha sejak dari tu lah kitorang da tak rapat cam mula-mula kitorang kenal.  And satu g yg buatkan aku sakit JANTUNG ni...

   Dia letak timeline pic kawan lelaki dia kat fb dia padahal gambar aku tak pernah pun dia letak. Memang sumpah sakit and jeles gila. Yela bayangkan awek korang letak gambar laki lain mane tak jeles kan. Tp aku diam je and aku just cakap yg aku jeles tapi dia wat deekk je. Siap tag nama member dia lah name aku sekali pun tak pernah. Lepas tu aku rapat dgn sorang pompuan ni and aku mintak tolong dia buat relationship dgn aku. Just open relationship je sebab si A ni buat dgn KAWAN BAIK dia tu. Last-last dia maki aku pulak kata aku curang lah. Tanya sape pompuan yg aku buat relationship tu, macam-macam lah. And last-last aku cakap kat dia tu lah yg aku rasa bila dia buat kat aku mcm tu. .dia buat tak pikir hati owang pikir kepala sendiri je.

   Lepas tu kitorang baik balik tapi sekejap je sebab aku ingtkan dia da berubah. Dia remove aku dari fesbuk lepas kitorang gaduh dulu tp tak boleh friends balik sebab yela kan orang hot kan kawan ramai last-last aku just subscibe jela. Tu pun dia yang suruh buat aku ikut jelah. Tapi bende yang dia tahu aku tak suka dia buat, dia buat balik last-last aku tak kontek langsong dgn dia sampai skrg. Sampai sekarang sakit tu ada lagi kat hati ni. Sumpah aku katakan yg aku menyesal kapel dgn dia. Sumpah..sumpah aku tak pernah sakit hati sampai camni sekali.

   Tapi alhamdulillah, skrg ada someone yg da mula-mula nak buka pintu hati aku aku yg sebelum ni da tutp rapat. Dia terlalu syg kat aku tapi hati aku tak terbuka lagi tok sesiapa and dia kate dia cuba tunggu tuk aku. Entah lah tengok lah camne kan. Bkn taknak terima tapi tak nak rasa seksa sakit hati tu lagi. Cukup lah sekali tu je and aku rasa yg skrg ni okeh and caring gila kat aku. . Syukur

So moral of the story, jangan lah berjanji sekiranya tak leh buat. Aku paling pantang kot bila orang janji ni. And banyak lagi lah korang list lah sendiri. .haha agak kurang ajo disitu ala aku nak tido dah ni . . and aku harap kowang especially pompuan jangan lah layan pakwe korang macam tuh ok.  jangan jadi macam A dah tdo luuu. .ZZZzz bismillah







1 comment:

farahnabilah said...

huyohhh amer ! (: boleh buat novel dah nehhh. hewhewhew

MY LOVE