pages

Sunday 8 January 2012

NERD VS TAK BERAPA NAK NERD





Salam,
      
     Aku ada baca satu artiket yang membuatkan aku nak tulis pasal bende ni. . hehe apa bendenye 2???ala tengok tajuk pun da tau kan. . aku nak tanya sekali lagi ni betul ke pompuan suka sangat ngan lelaki nakal ni???aku??aku baik je  tak dela nakal sangat pun. . sikit-sikit base la 2 kan. . haha  tak caya tanya la sesiapa yang mengenali diriku ini. .ceewaaahh!!haha entah la aku tak pernah pun jadi budak2 nerd ni. . .so sesiapa yang nerd tu jadiklah nakal2 sikit okeh. .haha nakal 2 tak dela sampai tahap “Hell boy” 2. .paham x??? takpe klu korang tak paham buat-buat la paham k..

     Ni antara sebab-sebab kenapa lelaki nakal lebih diminati oleh segelintir wanita . .eh kejap2!! typing error. . bkn segelintir . . MAJORITI wanita minat taste camni. .hehe
First sekali;

·         Lelaki nakal ni lebih romantik.
OMG!!haha betul ke weh?? Ntah la 2 yang aku tengok la tapi rase-rase nye betul kot. . cube korang tengok time besday korang  wahai awek-awek sekalian, mesti ade bear, chocolate, kek or yang paling “cikai” sekali la dorang akan wish besday korang sambil main gitar, trompet, or drum ke (macam boleh..haha). . walaupun tergagap2 nak main tambah lagi dengan suara pun “ehem2” tahap yang boleh dibanggakan la jugak . .hehe ada tak??mesti ade punya kan. .ala kadang-kadang 2 tak payah nak tunggu time besday pun dapat macam2. .kan? ? untungla jadi pompuan kan. .=)

·         Lelaki Nakal Lebih Yakin.
Ya ini memang terbukti sejak azali lagi bahawa lelaki yang spesis “terancam” ni keyakinan dorang boleh dibanggakan la. .hehe Dorang tak takut tok mencuba mendekati wanita wlaupon chance tok takle awek tu 1% je. .Wah pencapaian yang boleh memberangsangkan. .haha tak dela maksud aku dorang lebih yakin bila berhadapan dengan orang ramai. . hehe tapi kepada awek2 sekalian, jangan la jeles sebab pakwe korang ni ramai yang suka rapat dengan dorang. .sebab ape?? Tgk la next point. .hehe pesanan khidmat masyarakat aku, tak perlu la nak jeles sangat okeh. . ya jeles 2 penting tapi kalu lebih2 tak boleh juga. . nanti lelaki rimas. .

·         Lelaki Nakal Lebih Pandai Berkomunikasi.
Ini la point yang aku nak cakap dari tadi. . hehe lelaki macam ni suka membuat perempuan gelak sampai tak ingat dunia dan tidak boring bila berborak dengan mereka. . Ada saja benda yang mereka nak borakkan sampai tak terlayan korang nak layan . .hehe selalunya dorang suka menceritakan pengalaman “nakal” dorang masa zaman-zaman jahiliah dorang dulu. .ceh gitu!!haha tapi bagi aku kira okeh la dari cerita bende-bende yang agak formal yang menyebabkan korang bosan nak dengarnya. .budak nerd selalu camtu la kot. .hehe

·         Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya.
Ya kebanyakan lelaki spesis macam ni selalunya dorang jaga kebersihan dan penampilan dorang walaupun xsekacak mana rupanya. .tapi kira okeh la dari muka da hensem tapi penampilan hampeh!!hehe tapi bagi aku istilah “sakai” bagi lelaki orang tak pandang sangat sebab lelaki ni walau sakai tapi nampak smart kadang2. . sape sokong aku angkat tangan?? hehe tapi kalau pompuan “sakai”?? kalau aku da rejek awal-awal. . sumpah!!hehe selalunya lelaki nakal ni suka bergaya sebab dorang mahu dilihat oleh perempuan macam smart dan segak oleh mata-mata yang melihat mereka ni. .tapi bukan publisiti murahan okeh!!hehe tak kira la baju dorang beli kat bundle sekalipun tapi kalau pandai bergaya tak menjadi masalah. . ada je orang beli barang branded tapi bile nak gayakan hancussss!!! Beh baik bagi je kat aku  padini n topman korang 2 . .wat rugi je korang pakai. .hehe

·         Lelaki Nakal Lebih Setia.
Eh mesti korang sume tak percaya kan??hehe tapi mengikut pengalaman 19 tahun aku hidup ni memang betul la. .(gaya da macam hidup 90 tahun je kan. .hehe)Dorang ni nampak saja ramai kawan perempuan tapi dorang ni setia pada yang satu. . plzz percayalah. .haha  Dorang akan layan korang lain dari dorang layan kawan-kawan dorang. . Cuba korang tanya da ade awek ke belum. . kebanyakan dorang akan mengaku yang dorang da berpunya. .siap buat status kat FB lagi “in a relationship” lagi der. .hehe Dorang juga tak malu untuk ngaku yang dorang da berpunya . .tapi yang xngaku 2? ?ala dorang memang xde makwe nak buat camne kan. . tak kan la nak tipu. . xbaik okeh!!haha so tak perlulah nak dirisaukan sangat okeh. .

·         Lelaki Nakal Lebih Rilex n Cool.
Haha betul2. . ni aku sokong 100%. .dorang nampak je rilex luaran bila nampak korang ngan lelaki lain. .maksud aku lelaki 2 kawan korang la. . . tapi dalam hati, jeles tahap cipan kot!!! Haha wloupon nakal tapi hati penuh taman okeh. . tapi nak cover macho punya pasal kan wat muke selambe je. .bukan ego tapi xnak la bersangka buruk dengan awek sendiri. .hehe tapi kepada awek2 sekalian, mentang2 pakwe korang rilex a.k.a cool, jangan tikam belakang suda ler. .test la buat nanti pakwe korang buat macam korang buat jangan tanya mengapa okeh!!hehe menangis xberlagu la korang. .lelaki nakal ni “rilek” je dapat awek baru. .so pandai2 la jage okeh. .=)

Fuuhh penat den perah otak nak tulis bende ni.  .point ni pun sebenarnya aku amik juga kat blog orang lain tapi aku ubah la dalam 95% isi setiap point ni. .xmen la copy 100%!!haha akhir kata,  ikot korang la nak carik pakwe yang macamana. . tiap orang ada taste masing-masing. .kalau korang nak kate yang budak nerd lagi bagus cuba la bagi reason k. .hehe aku  tak kate budak nerd tak bagus tapi bagi aku budak yang mendapat gelaran “nakal” ni boleh menjamin kebahagiaan korang di masa akan datang. . ceehh!!! Macam kompom je. .haha

 *Awek-awek sekalian,
                Hope jagalah pakwe korang baik-baik, tak kisah la budak nerd or nakal sekalipun. .aku da kenal sangat perempuan ni. .lagi-lagi awek  yang ego. . kalah lelaki kot!!. .depan kita je cool tapi belakang menangis sampai lupa lirik. . haha wat pe nak malu. .da kate perempuan kan  . .adat la nangis 2. . baru betul wanita sejati. . =P
                
Lelaki???korang cool je okeh. .pandai-pandai lah korang jage awek korang 2. .kalau dapat awek yang ego tahap gaban pandai-pandai la korang handle. . xdapat den nak menolongnya. . haha sek baik dapat awek yang sporting. .alhamdulillah da3 merepek pulak..=)


 P/s: entry ni takde kena mengena dengan sesiapa yang kenal aku or baru nak kenal, hidup atau mati, musuh atau kawan dan sewaktu dengannya la. .so janganla nak terasa bagai k=)
*=merepek dan tak de kena mengena dengan entry pun sebenarnya (18SX). . haha







No comments:

MY LOVE