pages

Thursday 8 December 2011

KAWAH DI MULUTKU...AARRGGGHHH!!!


AAhhh saket gila kot!!!haha camana la "kawah" ni boleh bersemayan kat mulut aku ni. . sakit siOT!!!! jap sakit ke weh???hehe kalau nak tahu tanye la sesiapa yang pernah kena bende ni.  . dia tahu la rasa camane tersiksanya jiwa dan raga. .nak tahu rasa die kalah kot sakit orang yang nak beranak!!haha xdela 2 tipu je. . korang jangan percaya bulat2 pula. . .aku tipu je 2!!!haha agak menyeksakan la jugak bila kena bende alah ni. . makan pun susah. .lagi2 kalau minum air panas ke YA ALLAH!! Tuhan sajalah yang tahu sakit n rasanya camne. .aku pun xsure camane bende ni boleh bertapak elok je kat bawah bibir aku ni. .tapi ade 1 bende yang buat aku risau gila2 pasal benda ni. . ape kah itu??haha jeng2. .

ubat yang paling malas aku nak ambil kat hospital padahal aku praktikal kat hospital je...=)



   Penyakit ulser ni boleh menyebabkan barah mulut kalau x dicegah!! Bak kata sapa entah yang selalu ade kat TV2 yang berbunyi "cegah sebelum terlambat". .so kepada sesiapa yang sedang kena 2, jage la baik2 k jgn bagi bertambah pulak sedara - mara ulser kat mulut korang 2. .wat masa skrg ni baru 1 je bapa segala ulser kat mulut aku ni. .belum masuk anak dan cucu lagi. . . hehe aku pun ngah cuba cara2 tuk mencegah benda ni dari merebak. .semalam aku letak garam kat tempat ulser 2. . bapak arr!!!haha nak nangis pun ade bila letak garam kat ulser ni. .bak kata orang garam ni cam antiseptik larr. . betul ke??ntah aku main buat je tapi memang lar. . pedih gila2 kuasa 11 - 9 kot. . 

bukan gambar sebenar..malas nak take pic..=)


   OK kat sini aku nak kongsi tanda2 yang korang boleh "komfom" 99.99% yg korang kena ulser mulut ni. . antaranya ialah:

1.     Kawasan yang terkena jangkitan atau cedera bewarna merah dan membengkak
2.     Rasa pedih dan sakit di bahagian yang luka terutama apabila anda sedang menguyah makanan pedas, masin atau panas.
3.     Rasa sakit apabila anda sedang mengosok gigi dan susah untuk membuka mulut.
4.     Hilang selera makan akibat pedih dan sakit di bahagian luka.   
   
So, Langkah-langkah awal perlu korang ambil untuk mencegah ulcer ini dari merebak ialah:
  • Minumlah air yang secukupnya.
  • Kalau merokok berhenti sekejap walaupun xboleh berhenti. .camane 2???
  • Kurangkan amik bende yang berasid. .
  • Jauhilah makanan yg banyak mengandungi rempah
  • Letakkan sedikit ais di tempat luka untuk melegakan sakit (yeke lega???..)
  • Elakkan daripada stress.
Tapi kalau still xelok gak o ulser 2 merebak kat tempat lain dalam masa lebih dari tiga minggu, korang g jela jumpe doktor . .sebab ape?? mengikut kajian, ulser yang lambat sembuh boleh menyebabkan pesakit boleh menghidap penyakit barah mulut. .kalau da bab2 barah ni bahaya kot. .so, kowang g la luangkan masa tok melawat hospital o klinik. .g check ulser 2 camner okeh!!

Lastly, sebelum aku nk letak garam kat ulser aku nie(aaarrggghhh..hehe),kalau setakat sehari dua baru kena better xpayah la nak g hospital tros. . rilek dlu!!xpasal2 kne @$#@$ nan doktor. .die kate “Ala ulser mulut je kot, ko kumur2 nan garam esok2 elok lar. Buang masa aku je"katanya. . aku xnak la mention hospital mana kan tapi bahasa dia memang best!!!haha mane aku tau?? yela sebab AKULAH orang yang dengor ape doktor 2 kabo kat aku masa fes time kena ulser ni. . sabor jela nan doktor 2!! tau la doktor. .berlagak macam bagos..boleh dikatakan tiap2 hari aku letak garam melalak siang malam xelok pun. . haha k la hope tip ni memberi sedikit ilmu kat korang. . salam=)


No comments:

MY LOVE