pages

Monday 17 December 2012

Tak Perlu Buka Tudung Bila Xray??

Salam
       Hari ini aku nak share something yang berkaitan dengan bidang yang aku ambil sekarang ni iaitu bidang X-ray. Ala bila korang kena buat medical check-up korang mesti kena buat X-ray dada betul tak? huhu ha itulah x-ray yang ambil gambar-gambar korang tu. Sebelum nak story nak cerita lah sikit pasal radiography ni. Meh nak terang sikit pasal X-ray ni kat hampa suma. .haha

           X-ray in sebenarnya tak lah bahaya sangat tapi jika tidak mengamalkan amalan radiasi yang betul ia boleh memudaratkan diri kita dan orang lain. Kegunaan X-ray ini adalah untuk melihat organ dalaman manusia dengan hanya memberikan radiasi yang optimum kepada pesakit. Selalunya apabila pesakit di "exposure" oleh radiasi, sel-sel dalam tubuh akan mati tetapi korang tak perlu risau sebab sel-sel dalam tubuh kita boleh tumbuh semula.

GONALD SHIELD


         Radiasi yang diberikan kepada pesakit bergantung kepada penyakit dan indikasi pesakit itu sendiri. Juruxray akan memberikan radiasi yang sepatutnya kepada pesakit dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan yang sewajarnya kepada pesakit seperti GONALD SHIELD yang digunakan untuk melindungi organ reproductive manusia. SHIELD ini diperbuat daripada plumbum yang berfungsi untuk melindungi organ yang sensitif kepada radiasi yang tidak berkaitan daripada terkena radiasi.


         Ni baru nak start story. Panjang betul mukadimah aku. .haha


        Masa tu aku ada terbaca post dekat satu blog ni. Dia tulis "JANGAN BUKA TUDUNG BILA XRAY" lebih kurang macam tu lah ayat dia. Pada mulanya ramai orang memuji dia sebab mempertahankan aurat dia tapi lepas tu orang X-ray dah komen memang kena lah dia.Dia cerita lah satu hari dia nak buat X-ray gigi tapi bila juruxray lelaki suruh buka tudung dia macam taknak sebab aurat. Kebetulan juru X-ray yang bertugas hari itu lelaki so kalau diikutkan terpaksa lah buat tetapi dia enggan buka. Last-last buat je dengan pakai tudung and lastly doktor cakap gambar ok lah.

        Pendapat aku lah as pelajar bidang ini lah, ye memang dia bagus sebab mempertahankan aurat dia dari dilihat oleh orang bukan muhrim tetapi sekiranya untuk perubatan rasa tak salah pun. Kita suruh bukak sebab takut misdiagnose oleh doktor nanti sebab selain daripada besi yang boleh meninggalkan kesan kepada gambar, tudung juga boleh mengganggu kualiti gambar tersebut. Bila gambar tak cantik nanti kena shoot sekali lagi pulak kan dah dapat dose radiasi yang tinggi. Sedangkan rambut pun boleh membuatkan gambar X-ray tak cantik inikan tudung kan. Mungkin dia bernasib baik sebab doktor tu kata okeh tak ada apa-apa artifact tapi kalau doktor lain manalah tahu kan. Rambut sama hitam hati lain-lain kan. Last-last kita sebagai juruxray juga yang kena maki buat gambar tak cantik. Yela siapa yang nak tengok kalau gambar yang dihasilkan tidak memuaskan.

         Kita bukan nak salahkan sesiapa dalam hal ini tetapi kita kena lah bertimbang rasa sikit. Kalau sejuta orang macam kakak memang susah lah juru X-ray lelaki nak dapat kerja. Minta-mintalah faham dengan situasi tersebut. Kami pun belajar macamana nak jaga privasi pesakit so kami tahu batas-batas kerja kami macamana. Bukannya suruh buka anak tudung sekali hanya tudung luar tu je. Kalau dah tahu nak xray buat lah persiapan sikit ke ini nak mengharapkan pihak hospital sediakan tudung yang boleh digunakan untuk X-ray memang tak lah. Tapi satu cadangan yang bagus actually (tetiba setuju pulak. . haha)

          Ini hanyalah pendapat individu sahaja ok. Tak masuk hukum agama lagi sebab tak berani nak cakap sebab kita ni kurang mahir bab nak jatuhkan hukum ni. Seeloknya tanya lah orang yang selayaknya untuk mengetahui hukum sekiranya situasi sebegini.

ASSALAMUALAIKUM.....


   









No comments:

MY LOVE